Pesta Buku 2011

Pameran pesta buku anjuran syarikat Muda Osman telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu...sekolah kebangsaan Bendang Pauh telah menghantar rombongan seramai 47 orang murid yang di iringi oleh 4 orang guru ke pesta terbabit..


murid-murid yang mengikuti rombongan

murid memlihat buku yang di pamerkan

selepas melawat ke pesta buku, rombongan sekolah di teruskan ke Pantai Cahaya Bulan(PCB)..di sana murid2 dan guru dapat berehat sekejap, menenangkan fikiran dan menjamu selera sambil menikmati pemandangan pantai..

para pelajar menikmati ombak laut


bergambar berlatar belakangkan laut china selatan


rombongan pada hari terbabit di akhiri dengan membawa para pelajar bermandi manda di Taman Air Splash, jalan kuala krai...

posted under | 2 Comments

kejohanan bola baling

juara peringkat daerah perempuan

kejohanan bola baling peringkat daerah telah di berlangsung pada hari ahad minggu lepas bertempat di padang Sekolah Kebangsaan Bendang Pauh, Pasir Mas..berikut adalah gambar sekitar perlawanan tersebut.


g elagat peserta kejohanan


Cikgu Norizan sedang memberi taklimat sebelum bermain


gaya dua orang urusetia yang anggun


zon to' uban menang bergaya ke atas zon chetok







jurulatih sedang memberi taklimat



posted under | 0 Comments

SKBP Ceria

Lukisan Mural yang menceriakan sekitar kawasan sekolah



posted under | 0 Comments

Keceriaan Sekolah

Aktiviti melukis dan mewarna 'Mural' telah diadakan oleh pihak sekolah dibantu beberapa orang murid dari Tahun 6. Lukisan ini diadaptasi daripada kalendar Guru Besar dan telah siap dilukis dan diwarna pada dinding di sekitar kawasan sekolah.

Antara guru-guru yang telibat dalam menjalankan aktiviti ini adalah Cikgu Norhazimah, Cikgu Nik Suriana, En. Haizal (FS), En. Jehan (JTK), serta beberapa orang murid dari Tahun 6. Tujuan utama aktiviti ini adalah menceriakan kawasan sekolah serta menyediakan persekitaran yang kondusif dan sentiasa ceria untuk tatapan seluruh warga sekolah serta pengunjung atau pelawat yang datang ke SKBP.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan hasrat murni ini.

Berikut antara gambar semasa aktiviti ini dijalankan:

Cikgu Yusoff turut mengambil bahagian

Melakar lukisan dibantu LCD Projektor. Cikgu Hazimah & Jehan mempunyai bakat terpendam

Hasil lakaran sedia untuk diwarnakan

Sentuhan seni oleh Cikgu Nik

'Finishing' menggunakan marker whiteboard..


posted under | 1 Comments

Jamuan Raya SKBP

Hari ini kami telah mengadakan majlis sambutan hariraya peringkat sekolah, dirasmikan oleh NYDP PIBG Ybrs En Sabri Abdullah merangkap Penolong PPD Pasir Mas, diantara hidangan menu yang disediakan ialah Sate, Laksa, Mee Hoon Sup, Ketupat serta Rendang, Colek, Puding, Tapai, Air Cendol, Kueh Mueh, Air Batu Cendol dan sebagainya.

Berikut antara gambar-gambar sekitar majlis tersebut:







posted under | 0 Comments

Keratan Video Majalah 3

Lawatan murid Tahun 6 SKBP ke Pameran Ular di Muzium Negeri Kelantan di Kota Bharu kebetulan dengan krew TV3 membuat rakaman untuk Slot Majalah 3 yang telah di tayangkan malam sabtu baru-baru ini ...


posted under | 0 Comments

Pertandingan Kebersihan Kelas

SKBP telah mengadakan pertandingan kebersihan kelas.pertandingan ini dinilai seminggu sekali.Pelajar-pelajar begitu komited untuk membersih kelas masing-masing.

Ada kelas yang menghias kelas mereka dengan kreativiti masing-masing.Nak tahu ke ade kelas yang cikgu kelas yang tolong bersihkan..!! Tak mengapa tolong menolong dalam melakukan kerja kebajikan.

Tahniah kepada kelas-kelas yang telah berjaya mendapat anugerah kebersihan kelas tersebut. Semoga amalan ini dijadikan rutin bagi seluruh warga SKBP dan menjadi ikutan bagi generasi yang akan datang.

Sesungguhnya, kebersihan itu adalah sebahagian dari Iman..

posted under | 1 Comments
Newer Posts Older Posts Home

Followers

JAWATANKUASA BLOG SEKOLAH

Penasihat :
Pn Fauziyah bt Ismail
(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi :
Pn Rohana bt Ibrahim
(PK 1)

Naib Pengerusi 1 :
Pn Hjh Che Gayah bt Muhammod
(PK HEM)

Naib Pengerusi 2 :
Pn Hjh Sabariah bt Hamat
(PK KO)

Pengurus Blog :
Pn Nik Suriana bt Abdul Ghani
(Guru Penyelaras Bestari)

Pen. Pengurus Blog :
En Najhan b Sazali
(Juru Teknik Komputer)

AJK :
Ketua Panitia
SU Kurikulum
SU HEM
SU KO


Recent Comments