GURU INOVATIF KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH RENDAH 2012 PERINGKAT NEGERI KELANTAN

Tahniah dan syabas kepada Pn Nik Suriana bt Abdul Ghani kerana telah dianugerahkan Guru Inovatif Kategori Individu Sekolah Rendah Tahun 2012 Peringkat Negeri Kelantan. Kejayaan yang beliau perolehi merupakan suatu penghargaan buat sekolah dalam mengharumkan nama sekolah. Harapan sekolah agar beliau dan guru-guru lain teruskan usaha untuk membina bahan baru ke arah melahirkan murid yang berkualiti.

 MENERIMA ANUGERAH DARI PENGARAH PELAJARAN KELANTAN DI SMK BUKIT BUNGA SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI 2012

MENERIMA ANUGERAH DARI PN HJH ROHANI BT CHE KAR (GURU BESAR)
SK BENDANG PAUH




posted under | 0 Comments

Sambutan Hari Guru 2012







16 Mei 2012, hari guru disambut dengan meriah oleh warga guru SKBP. Bermula dengan sembahyang hajat dan bacaan yassin di Musalla, seterusnya acara dewan, sukaneka dan mendengar ucapan dari Menteri Pelajaran.

posted under | 0 Comments

HARI KELUARGA SKBP





Pada 4 dan 5 Mei 2012, hari keluarga SKBP disambut dengan meriah di Sweet Beach Resort, Tok Bali. Tujuan hari keluarga ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dengan semua warga SKBP. Diharapkan program ini menjadi agenda tetap program sekolah ini.

posted under | 0 Comments

HARI KECERGASAN DAN KECERDASAN


3 Mac 2012, satu lagi acara yang meriah berlangsung di SKBP iaitu Hari Kecergasan dan Kecerdasan Peringkat Sekolah. Program ini adalah anjuran Panitia PJPK dan unit 3K.
Antara aktiviti yag berlangsung sepanjang hari ini ialah senamrobik yang diketuai oleh Pn Mek @ Hayati, pertandingan mewarna bagi tahap 1, kuiz kesihatan bagi tahap 2 serta ceramah kesihatan. majlis berakhir sekitar jam 12.45 th. Tahniah kepada Panitia PJPK dan 3K kerana berjaya mengadakan program ini. Kepada guru-guru, kakitangan serta murid-murid SKBP terima kasih atas kerjasama dan komitmen bagi menjayakan program ini.

posted under | 0 Comments

PELANCARAN PROGRAM PENYAYANG


Seawal 7.00 pagi pada 1 Mac 2012, guru-guru SKBP yang datang awal telah menyambut kedatangan murid-murid ke sekolah di pintu pagar. tepat jam 7.45 pagi majlis perasmian yang dihadiri oleh En Fauzi b Che Mood,Pengelola Cemerlang (Pengurusan Sekolah) PPD Pasir Mas telah berlangsung dengan meriahnya. Tahniah kepada Unit HEM yang berjaya mengelola majlis ini sehingga mendapat pujian dari pegawai PPD. Kepada warga SKBP, semangat kekitaan dan kerjasama amat penting ke arah menjayakan sesuatu program. TAHNIAH DAN TERUSKAN USAHA ANDA

PEMPLET PROGRAM PENYAYANG




posted under | 0 Comments

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH


14 Februari 2012 (Selasa). Panitia Agama Islam telah menganjurkan sambutan maulidul rasul peringkat sekolah. antara aktiviti yang diadakan ialah solat Dhuha dan Hajat, pertandingan mewarna, perarakan, ceramah maulidul rasul dan kuiz. Tahniah kepada Panitia Agama Islam dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.

posted under | 0 Comments

PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PUSTAKAWAN, KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS

Pada 12 Februari 2012 (Ahad), jam 7.45 pagi di Dewan Wawasan SKBP Majlis Penyerahan Watikah telah dirasmikan oleh Kop. Ilham b Jantan dari Balai Polis To'Uban, Pasir Mas.
Dalam ucapan Tuan Guru Besar, Pn Hjh Rohani bt Che Kar mengingatkan kepada pengawas agar membantu guru menguruskan disiplin murid lain. Pengawas juga perlu tahu tugas dan peraturan untuk melaksanakan tugas mereka. Kursus kepimpinan akan diadakan supaya menjadi pemimpin yang baik dan berwibawa. Pengawas bukan hanya pada nama dan pakaian, mereka perlu menjadi murid contoh.
     Dalam ucapan perasmian oleh Kop. Ilham b Jantan mengucapkan tahniah kerana dapat melahirkan murid yang hebat. Nasihat dari beliau supaya murid-murid tidak terlibat di dalam salah laku, membantu pencapaian sekolah serta mengharap pengawas yang dilantik menerima tugas dengan hati terbuka dan ikhlas dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

posted under | 0 Comments

CUTI TAHUN BARU CINA

posted under | 0 Comments
Newer Posts Older Posts Home

Followers

JAWATANKUASA BLOG SEKOLAH

Penasihat :
Pn Fauziyah bt Ismail
(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi :
Pn Rohana bt Ibrahim
(PK 1)

Naib Pengerusi 1 :
Pn Hjh Che Gayah bt Muhammod
(PK HEM)

Naib Pengerusi 2 :
Pn Hjh Sabariah bt Hamat
(PK KO)

Pengurus Blog :
Pn Nik Suriana bt Abdul Ghani
(Guru Penyelaras Bestari)

Pen. Pengurus Blog :
En Najhan b Sazali
(Juru Teknik Komputer)

AJK :
Ketua Panitia
SU Kurikulum
SU HEM
SU KO


Recent Comments