SKBP Ceria

Lukisan Mural yang menceriakan sekitar kawasan sekolah



posted under | 0 Comments

Keceriaan Sekolah

Aktiviti melukis dan mewarna 'Mural' telah diadakan oleh pihak sekolah dibantu beberapa orang murid dari Tahun 6. Lukisan ini diadaptasi daripada kalendar Guru Besar dan telah siap dilukis dan diwarna pada dinding di sekitar kawasan sekolah.

Antara guru-guru yang telibat dalam menjalankan aktiviti ini adalah Cikgu Norhazimah, Cikgu Nik Suriana, En. Haizal (FS), En. Jehan (JTK), serta beberapa orang murid dari Tahun 6. Tujuan utama aktiviti ini adalah menceriakan kawasan sekolah serta menyediakan persekitaran yang kondusif dan sentiasa ceria untuk tatapan seluruh warga sekolah serta pengunjung atau pelawat yang datang ke SKBP.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan hasrat murni ini.

Berikut antara gambar semasa aktiviti ini dijalankan:

Cikgu Yusoff turut mengambil bahagian

Melakar lukisan dibantu LCD Projektor. Cikgu Hazimah & Jehan mempunyai bakat terpendam

Hasil lakaran sedia untuk diwarnakan

Sentuhan seni oleh Cikgu Nik

'Finishing' menggunakan marker whiteboard..


posted under | 1 Comments

Jamuan Raya SKBP

Hari ini kami telah mengadakan majlis sambutan hariraya peringkat sekolah, dirasmikan oleh NYDP PIBG Ybrs En Sabri Abdullah merangkap Penolong PPD Pasir Mas, diantara hidangan menu yang disediakan ialah Sate, Laksa, Mee Hoon Sup, Ketupat serta Rendang, Colek, Puding, Tapai, Air Cendol, Kueh Mueh, Air Batu Cendol dan sebagainya.

Berikut antara gambar-gambar sekitar majlis tersebut:







posted under | 0 Comments

Keratan Video Majalah 3

Lawatan murid Tahun 6 SKBP ke Pameran Ular di Muzium Negeri Kelantan di Kota Bharu kebetulan dengan krew TV3 membuat rakaman untuk Slot Majalah 3 yang telah di tayangkan malam sabtu baru-baru ini ...


posted under | 0 Comments

Pertandingan Kebersihan Kelas

SKBP telah mengadakan pertandingan kebersihan kelas.pertandingan ini dinilai seminggu sekali.Pelajar-pelajar begitu komited untuk membersih kelas masing-masing.

Ada kelas yang menghias kelas mereka dengan kreativiti masing-masing.Nak tahu ke ade kelas yang cikgu kelas yang tolong bersihkan..!! Tak mengapa tolong menolong dalam melakukan kerja kebajikan.

Tahniah kepada kelas-kelas yang telah berjaya mendapat anugerah kebersihan kelas tersebut. Semoga amalan ini dijadikan rutin bagi seluruh warga SKBP dan menjadi ikutan bagi generasi yang akan datang.

Sesungguhnya, kebersihan itu adalah sebahagian dari Iman..

posted under | 1 Comments

kursus membina laman web




Seronok kerana dapat mengikuti kursus pengurusan laman web diskbp.walaupun letih tapi melihat gelagat kawan-kawan di sini hati ku rasa terhibur pule he he he he he

posted under | 2 Comments

Kem Motivasi & Kecemerlangan 2010

Satu kem Motivasi & Kecemerlangan 2010 khusus bagi muri-murid tahun 6 telah diadakan di Sudara Beach Resort, Tok Bali. Seramai 60 orang murid dari kelas 6 Gemilang dan 6 Cemerlang beserta 4 orang guru telah menyertai kursus ini. Kursus ini telah berjalan selama 2 hari 3 malam bermula pada hari Khamis 29 Julai 2010 sehingga 31 Julai 2010.

posted under | 1 Comments

Kursus Lanjutan Fasilitator Schoolnet




Kursus Lanjutan Fasilitator Schoolnet yang dijalankan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu pada 9 hingga 13 Mei 2010. Pelbagai modul yang telah dijalankan antaranya Pengurusan dan Pelaksanaan Program ICT yang sedia ada di sekolah, Pengurusan Aset Harta Modal & Inventori, Penyelenggaraan Peralatan ICT dan Kursus Penbinaan Laman Web menggunakan Joomla.

posted under | 0 Comments

perlawanan bola sepak



Perlawanan bola sepak di antara sk bendang pauh & smk kubang bemban telah berlangsung di smk kankong pada hari selasa 27 april 2010 pada pukul 5.30 ptg. Perlawanan tersebut telah di menangi pasukan daripada smk kubang bemban dengan jaringan gol sebanyak 3 gol berbalas kosong..Kesemua gol di aringkan pada separuh masa pertama..Manakala pada pasukan dari sk bendang pauh terpakssa bermain seramai 10 orang sahaja keran tidak cukup pemain(bukan di sebabkan kad merah)..najhan83@gmail.com

posted under | 0 Comments

posted under | 1 Comments
Newer Posts Home

Followers

JAWATANKUASA BLOG SEKOLAH

Penasihat :
Pn Fauziyah bt Ismail
(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi :
Pn Rohana bt Ibrahim
(PK 1)

Naib Pengerusi 1 :
Pn Hjh Che Gayah bt Muhammod
(PK HEM)

Naib Pengerusi 2 :
Pn Hjh Sabariah bt Hamat
(PK KO)

Pengurus Blog :
Pn Nik Suriana bt Abdul Ghani
(Guru Penyelaras Bestari)

Pen. Pengurus Blog :
En Najhan b Sazali
(Juru Teknik Komputer)

AJK :
Ketua Panitia
SU Kurikulum
SU HEM
SU KO


Recent Comments