KENALI SKBP





MAKLUMAT MURID SKBP 2011





SEJARAH SEKOLAH

Tahun 1956 satu pakatan telah di buat oleh penduduk Chetok Hilir & Chetok Hulu untuk menubuhkan sebuah sekolah rakyat di Kg. Bendang Pauh seramai 132 murid di daftarkan .

Tapak sekolah telah didermakan oleh Hj. Muhamad Bin Awang & satu jawatankuasa telah ditubuhkan terdiri daripada

Pengerusi : En. Ab. Kadir Hj. Musa (Chetok Hulu)
AJK :        En. Noh (Chetok Hulu)
     Hj. Yusuff Ab. Rahman (Chetok Hilir)
     Muhamad Awang (Chetok Hilir)
     Hj. Abdullah Awang (Imam Chetok)


Guru Besar adalah En. Ali Muhamad yang merupakan anak penderma tapak sekolah ini. Pada 8 Mac 1960 sekolah rakyat ini telah diambil alih oleh kerajaan. Guru Besar baru telah dilantik iaitu En. Ahmad Bin Sulaiman.

Pada Julai 1960 bangunan baru telah dibina.

Murid meningkat daripada 132 (1956) kepada 333 (2006). Sekolah ini menampung murid disekitar Kg. Bendang Pauh, Kg. Atas Beting, Kg. Chetok Sungai, Kg. Galok, Kg. Alor Tualang, Kg. Paya Mengkuang & Kg. Hutan Malam.

Kesedaran tentang pendidikan telah lama terpahat dikalangan penduduk daerah Chetok. Tahun 1952 sudah ada kelas di rumah di Chetok hilir dibuat oleh Hj. Muhamad Bin Awang manakala Chetok Hilir di rumah En. Taib.

Setelah kelas menampakkankemajuan, sekolah baru telah ditubuhkan di Chetok Hilir dengan meminjamkan bangunan koperasi untuk dijadikan sekolah. Orang yang bertanggungjawab adalah :-
En. Abd Kadir Hj. Musa
En. Mohamad Awang
En. Abdullah Awang


SENARAI GURU BESAR SKBP

Ali Muhammad (1956-1959)
Ahmad Sulaiman (1960-1973)
Ahmad Sulaiman (1974-1979)
Yahya Adam (1980-1982)
Ariffin Muhamad (1983-1987)
Halim Jaafar (1988-1984)
Hj. Daud Mohd Ngah ( 1995-1996)
Ab. Bakar Che Man (1997)
Samsiah Che Soh (1997-1998)
Hj. Ab. Rahman Yusoff ( 1999-2000)
Safiah @ Razimah (2000)
Ikmal Hj Ismail (2000-2006)
Hj. Mohamad Ab. Rahman (2006-2008)
Hjh. Rohani Che Kar (Jun 2008-Sekarang)


PROGRAM SEKOLAH

  1. Pengajaran & pembelajaran secara strategik
  2. Mengadakan perjumpaan ddengan guru-guru yang mengajar setiap subjek
  3. Pengayaan & Pemulihan yang sentiasa diajar secara berterusan
  4. Pencerapan & Penilaian oleh Guru Besar & semua pentadbir
  5. Penggunaan peralatan ICT dalam P&P
  6. Meningkatkan prestasi ke tahap yang cemerlang
  7. Mengadakan kelas tambahan
                - Kelas waktu petang
                - Kelas tambahan hujung minggu (Jumaat & Sabtu) untuk Tahun 6
                - Kelas Budi untuk murid pemulihan
                - Kelas tambahan (Murid Tahun 6)
                  (Kelas tambahanuntuk B.Arab bagi murid yang tidak boleh menguasainya)
                - Sudut-sudut pembelajaran yang sentiasa di kemaskini.
 
  1. Melaksanakan program yang berkaitan dengan kelemahan
      1. Program mentor protege
      2. Program rakan angkat
  1. Sentiasa memberi kerja rumah kepada murid setiap cuti biasa / cuti hujung minggu
  2. Mengadakan jadual pembelajaran di rumah sebagai bantuan untuk murid semasa berada di rumah & cuba libatkan ibu bapa dan main peranan sebagai fasilitator di rumah.
  3. Program motivasi kepada murid & ibu bapa bagi menyokong hasrat sekolah ke  arah kecemerlangan.
  4. Program LDP memperkasakan profesyen keguruan terutama dari segi:
Ø  Motivasi/merangsang minda untuk bergerak kearah kecemerlangan
Ø  Ilmu pengetahuan/bahan
Ø  Kemahiran ICT supaya menjadi guru yang lebih berketrampilan dan berkeyakinan.

  1. Program kerohanian/sembahyang hajat/solat dhuha/program sunat tadarus di sepanjang bulan ramadhan bagi meningkatkan ketakwaan kepada Ilahi
  2. Memperbanyakkan menanam pokok bunga untuk menjadi sekolah dalam taman. Usahasama murid, guru-guru dan pekerja sekolah.
Kad keselamatan dipapar di tiang-tiang sekolah untuk murid supaya sentiasa mempunyai maklumat tentang menjaga keselamatan dari rumah hingga ke sekolah


KEJAYAAN SKBP

Kecemerlangan UPSR 2009 peringkat PPD
30% (5A-15orang)
Pencapaian Peratus Am subjek  melebihi 80 %
Pencapaian B.Inggeris dan Sains meningkat 3 tahun berturut-turut.
Bahasa Inggeris
2006 : 70.8
2007 ; 89.1
2008 ; 98.0
Sains
2006 : 75.0
2007 : 89.1
2008 : 90.0
Pencapaian GPS meningkat 2 tahun berturut-turut
1.97  - 2007
1.87  - 2008
Naib Johan Bercerita peringkat negeri (L)
Naib Johan Bercerita peringkat PPD (P)
Naib Johan Nasyid peringkat PPD
Naib Johan Pengurusan Akademik Pendidikan Islam peringkat PPD
Tempat ke-empat Kuiz Kesihatan peringkat PPD
Bola baling (1 orang murid dipilih mewakili peringkat kebangsaan)
Bola jaring tempat ke-tiga peringkat cawangan



posted under |
Home

Followers

JAWATANKUASA BLOG SEKOLAH

Penasihat :
Pn Fauziyah bt Ismail
(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi :
Pn Rohana bt Ibrahim
(PK 1)

Naib Pengerusi 1 :
Pn Hjh Che Gayah bt Muhammod
(PK HEM)

Naib Pengerusi 2 :
Pn Hjh Sabariah bt Hamat
(PK KO)

Pengurus Blog :
Pn Nik Suriana bt Abdul Ghani
(Guru Penyelaras Bestari)

Pen. Pengurus Blog :
En Najhan b Sazali
(Juru Teknik Komputer)

AJK :
Ketua Panitia
SU Kurikulum
SU HEM
SU KO


Recent Comments